Skuad bola sepak Kedah telah mendapat sentuhan bekas jurulatih Pahang, Ahmad Yusof bagi membimbing Sang Kenari mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.Ahmad bakal menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam tempoh terdekat bagi mengesahkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan juara treble berganda Liga Malaysia musim 2007 dan 2008 itu.Jawatan berkenaan kosong selepas Mohd. Azraai Khor Abdullah meninggalkan Hijau Kuning pada pertengahan Oktober lalu untuk membimbing pasukan Harimau Muda.Sementara itu, sumber-sumber memberitahu bahawa Kedah akan menggugurkan antara lima hingga tujuh pemainnya bagi memperkuatkan pasukan itu selepas gagal menyerlah pada musim ini.KFA juga dikatakan sedang mengintai beberapa pemain termasuk penyerang Perak, Razali Umar Kandasamy dan pemain KM Naza, Faderin Kadir untuk dibawa masuk ke dalam pasukan Kedah.*****Siapakah 5 hingga 7 pemain kedah yang digugurkan dan pemain baru untuk musim 2010?.
Friday, May 7, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)